Penyakit tidak datang secara tiba-tiba.
Sebelum penyakit menjadi serius, badan sebenarnya sudah lama memberi isyarat. Cuma isyarat itu bukan dalam bentuk jeritan, tetapi dalam bentuk bisikan.
"Jika kita tahu mendengar bisikan badan, kita boleh bertindak lebih awal. Kita boleh membetulkan pemakanan, meningkatkan penyerapan nutrien, mengubah gaya hidup dan mendapatkan pemeriksaan yang sesuai sebelum masalah menjadi lebih besar."
Antara "bisikan badan" yang sering diabaikan ialah:
✔ Kekejangan otot (cramp) yang kerap
✔ Jantung berdebar-debar
✔ Sukar tidur atau tidur tidak lena
✔ Badan terasa panas tanpa sebab yang jelas
✔ Lenguh-lenguh badan atau otot
✔ Sakit lutut atau sendi
✔ Bengkak pada kaki atau tangan
✔ Kuku menjadi rapuh dan mudah patah
✔ Rambut gugur lebih daripada biasa
✔ Timbulnya skin tag pada kulit
✔ Perubahan bentuk/struktur wajah (wajah jadi lebih bulat/berbeza)
✔ Tenaga semakin berkurangan & mudah letih
✔ Perut mudah cirit-birit atau sembelit
✔ Mudah berangin, kerap sendawa atau kembung
✔ Rasa seperti makanan terlekat ketika menelan
✔ Mata sering berkedut, terasa berat/pandangan berubah
✔ Bunyi berdesing di telinga (tinnitus)
✔ Badan mudah terasa sejuk
✔ Tapak kaki terasa seperti memijak bola/span
✔ Sakit tumit terutama ketika bangun tidur
✔ Mengangkat tangan terasa berat/lenguh bahu
✔ Mudah lebam atau gusi mudah berdarah
✔ Mudah semput walaupun aktiviti ringan
✔ Kerap mengalami kebas pada tangan atau kaki
Semua simptom ini tidak semestinya bermaksud anda menghidap penyakit tertentu. Namun, ia mungkin merupakan petunjuk awal bahawa badan sedang mengalami ketidakseimbangan atau memerlukan perhatian.
Dalam seminar ini, saya akan mengajar anda bagaimana membaca "bahasa badan" melalui pemerhatian dan pemeriksaan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Anda juga akan belajar apakah kemungkinan di sebalik setiap simptom, serta bagaimana pemakanan, nutrien dan perubahan gaya hidup boleh membantu menyokong kesihatan sebelum masalah menjadi lebih serius.
Jangan Tunggu Sehingga Badan Menjerit!
Belajarlah mendengar bisikannya sekarang. Peluang keemasan untuk belajar teknik pemeriksaan kendiri secara LIVE bersama Dr. Rushmini.
Jom Sertai Sesi Google Meet Sekarang!